Selasa, 8 Mac 2011

SKIM JURUTEKNIK (J17) DAN SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN

Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai MTSU terdiri daripada:-

(1)       Sdr. Shuhaimi Bin Othman           -           Presiden
(2)       Sdr. M.P. Govindasamy               -           Naib Presiden
(3)       Sdr. Samuel Devadasan              -           Setiausaha Agung

telah diberi penerangan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Saraan pada 1 Mac 2011.  Turut hadir adalah wakil-wakil daripada JPA Bahagian Pembangunan & Organisasi.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Jamil Bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah JPA Bahagian Saraan.


SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK

Memandangkan Ketua Perkhidmatan Jabatan Kerja Raya TIDAK bersetuju jawatan Juruteknik dan Penolong Jurutera digabungkan maka disebabkan ini JPA PERLU lebih masa untuk mengkaji dan mendapatkan satu skim yang bersesuaian dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik yang tidak bertindih dengan isu penyeliaan dan lain-lain perkara bersabit dengan Gred J29.  JPA juga telah memaklumkan Skim Perkhidmatan Juruteknik (J17) sedang dikaji bersama-sama dengan 23 lagi jawatan termasuk Pelukis Pelan, Pembantu Pertanian, Pembantu Penilaian dan Pembantu Kajibumi. 

JPA memaklumkan bahawa keputusan akan diberi selewat-lewatnya pada hujung tahun 2011.

Satu perkara lagi yang dimaklumkan oleh JPA ialah lapan (8) Ketua Perkhidmatan Jabatan Teknikal juga telah TIDAK bersetuju bahawa jawatan/skim Juruteknik dan Penolong Jurutera digabungkan.

Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung perlu mendapat pengsahihan perkara ini daripada Ketua Perkhidmatan masing-masing.

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN

Selain daripada tiga (3) orang pegawai utama, MTSU telah diwakili oleh:-

(i)                 Sdri. Noorliza Bt Abd Talib                  Jabatan Penilaian
(ii)               Sdri. Fauziah Bt Ab Majid                   dan Perkhidmatan
(iii)              Sdri. Radziah Bt Mohd Nor.                Harta

JPA juga telah memaklumkan bahawa kajian masih dijalankan bersama-sama beberapa jawatan yang setaraf dengan Penolong Pegawai Penilaian untuk di samatarafkan ke Gred 29.

Keputusan akan diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam selewat-lewatnya pada hujung tahun 2011.