Sabtu, 27 November 2010

BERITA TERKINI SKIM JURUTEKNIK

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim, melalui surat bertarikh 3 mac 2010 kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mencadangkan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan seperti berikut:-

  i)  Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan digabungkan dengan Skim Perkhidmatan Juruteknik dengan kelayakan  minima Sijil dari Politeknik/Institusi yang diiktiraf.

 ii)  Skim Perkhidmatan Juruteknik bermula dari Gred Lantikan J27 dan disediakan gred-gred naik pangkat yang bersesuaian.

 iii)  Pegawai Juruteknik hanya boleh menjawat jawatan Penolong Jurutera/Jurukur Bahan/Pegawai Senibina sekiranya mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf dan kekosongan jawatan.

MTSU juga menyokong penuh cadangan  Jabatan Kerja Raya kerana para PELUKIS PELAN juga akan mendapat peluang seperti Juruteknik. MTSU juga merayu agar pihak JPA menyegerakan penembahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan.